Ads

Saturday 28 January 2012


RESULT: PKNS FC VS SABAH ( 2 -2)




KELANA JAYA: Sabah Berjaya membawa pulang satu mata dari Stadium MBPJ hasil keputusan 2-2. Separuh masa pertama menyaksikan Sabah ketinggalan satu gol jaringan pemain import PKNS   Michael Joseph Nicoise  hasil sepakan percuma 30 meter di luar kotak penalti pada minit ke 43.Awang import PKNS FC   Michael Joseph Nicoise  beberapa kali bejaya meloloskan diri dari kawalan pertahan Sabah dengan larian yang deras namun penyudah yang kurang sempurna menyelamatkan Sabah daripada dibolosi oleh awang import itu.

Di separuh masa kedua PKNS berjaya menggandakan jaringan sekali lagi melalui pemain import sensasi mereka yang berasal daripada France itu. Micheal berjaya memperdaya beberapa pertahan Sabah sebelum melepaskan rembatan kencang melepasi jangkauan penjaga gol Sabah. Tidak mahu menggalah setelah ketinggalan 2 gol kosong Sabah memperhebatkan serangan. Hasilnya Sabah berjaya merapatkan kedudukan hasil tandukan Michael Baird  setelah menerima umpanan cantik dari sudut kiri gol PKNS.

Gol penyamaan Sabah hadir pada minit ke-81 setelah pemain PKNS tertolak bola ke gawang sendiri hasil tandukan Shahruddin Yaakub yang terkena palang. Sabah yang bermain di hadapan lebih kurang 500 penyokong setia Sabah yang hadir membanjiri Stadium MBPJ cuba mencari gol ketiga namun hanya mampu berpuas hati dengan keputusan terikat seri 2-2.


======================================================
apa yang paling best saya datang sendiri tengok SABAH main.. heheheh aramaiti!!
macam main di Likas pulak.. penyokong Sabah lagi ramai dari PKNS.. hehe

SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Wednesday 25 January 2012

PREVIEW: PKNS VS SABAH


SELANGOR PKNS 
VS
 SABAH

STADIUM PETALING JAYA,
KELANA JAYA
27 Januari 2012, JUMAAT

8.45 MALAM
LIVE ON ASTRO ARENA 801

Selangor PKNS akan melayan kunjungan pasukan bimbingan Justin Ganai, Sabah di Stadium Petaling Jaya jumaat ini. Sabah dalam misi membawa pulang 3 mata penuh akan bermain tanpa Mafri Balang yang digantung 2 perlawanan akibat layangan Kad Merah ketika menentang Lions XII tempoh hari. Berbekalkan barisan pemain yang kurang konsisiten untuk 4 perlawanan awal, diharapkan Sabah mampu menyainggi pasukan kelab dari Selangor ini.

Jika dinilai daripada 4 perlawanan terdahulu, kedua-dua pasukan tampak seimbang kerana Sabah kini menduduki tangga ke-10 liga dengan 4 mata hasil 1 kemenangan dan 1 seri, manakala PKNS pula hanya satu anak tangga di bawah Sabah dengan menggumpul 3 mata hasil 3 keputiusan seri. Sabah perlu bermain dengan lebih berhati-hati kerana gagal menunjukkan corak permainan yang konsisten dan meyakinkan ketika berkunjung ke stadium lawan.

Mampukah Sabah melakukan sesuatu di Kelana Jaya nanti? Mari saksikan bersama-sama perlawanan ini... bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang... Jom ba kita tinguk Sabah main.. Ramai-ramai kita pigi sukung... Goo Sabah Go.. Aramaitii!!!



SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Sunday 22 January 2012

RESULT: SABAH vs LIONSXII

SABAH vs LIONS XII


KOTA KINABALU: Kekalahan 0-1 kepada pasukan Lions XII amat mengecawakan bagi segelintir peminat bola sepak tanahair terutamanya dari Sabah yang mengharapkan skuad kendalian Justin Ganai memperolehi 3 mata penuh dalam saingan Liga Super semalam. Kekecewaan itu dipalit dengan layangan kad merah kepada kedua-dua pemain Sabah dan Lions XII yang menyaksikan tindakan tidak professional dari mereka.

Sepuluh minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan cuba mencari rentak namun Sabah terlebih dahulu dikejutkan dengan Gol sendiri hasil tandukan Harris hasil daripada sepakan percuma dari sudut sebelah kiri tiang gol. Sabah yang menguasai hampir 70% permainan gagal menjaringkan sebarang gol biarpun melancarkan serangan bertali arus ke gawang Lions XII.

Babak kedua bersambung dengan Lions XII lebih menumpukan untuk bertahan. Hampir kesemua pemain LionsXII berada di kawasan sendiri untuk bertahan serta mempertahankan defisit 1 gol yang terhasil di separuh masa pertama. Sabah cuba bangkit dengan corak permainan yang lebih agresif namun statergi lionsxii untuk bertahan berhasil. Peminat yang hadir ke stadium sangat tidak berpuasa hati dengan corak bertahan yang di pamerkan namun apa yang lebih penting SKUAD dari Singapura itu berjaya membawa bekalan 3 mata penuh ke Singapura.

========================================================================== Result Penuh
SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Original By Badak SABAH