Ads

Monday 5 March 2012

RESULT : SABAH VS JOHOR FC (2-1)





KOTA KINABALU: Hop Hop Hoorey!! Menang Sabah kali ini.. 2-1!! Gol-gol Sabah hasil jaringan Rozaimi dan Shahruddin.. Tidak rugilah diorang dua nie jadi sebutan di Sabah.. Mutu persembahan yang di tunjukkan   Rozaimi memang menunjukkan standardnya sendiri dan memang layak dipanggil untuk bermain bersama SKUAD HARIMAU MUDA. Manakala Shahruddin gagal menunjukkan belangnya sebenar mungkin disebabkan masih keletihan kerana bermain dengan SKUAD SENIOR MALAYSIA.

Untuk rakan-rakan peminat disana yang tidak hadir menyaksikan perlawanan diatas nie ada video gol-gol perlawanan malam tadi. Thanks Sokernet.com!!!

ANALISIS PERLAWANAN

ATTENDANCE : 2.0/5
Kali ini kedatangan boleh-bolehlah geng oi!! RELA, POLIS BANTUAN, PGA memang ramai.. terkejut jugak saya..hehehe tapi thanks untuk diorang pasal kalo bukan pasal diorang confirm tidak terkawal penyokong-penyokong SABAHAWKS semalam.. Selepas bebrapa kemenangan, penyokong kini dahagakan gol daripada pemain-pemain sabah.Dianggarkan suku stadium tu penuh.. around 10 ribu kali orang datang.. Marilah ba kita ramai-ramai tengok Sabah main.. bagi sokongan dengan diorang.. SUPPORT our team!!

GAME PLAY   : 3.0/5
Corak permainan Sabah dilihat semakin mantap dan bertambah baik. Thanks untuk perlawanan perlawanan persahabatan tempoh hari. Banyak kelemahan Skuad SABAH berjaya diperbaiki. Namun masih ada lagi beberapa aspek yang perlu di titik beratkan oleh JUSTIN GANAI contohnya dari segi Ball Supply yang masih lambat dimana pemain masih menyimpan bola terlalu lama dan lambat membuat hantaran kedepan.

ATTACK    : 3.5/5
Walaupun dengan ketiadaan ANGRY BAIRD yang cedera ketika menentang MALAYSIA tempoh hari, jentera serangan Sabah berjaya melancarkan serangan bertali arus. Tapi sayang sedikit tumpul dan banyak mensia-siakan peluang yang terhidang dihadapan pintu gol lawan. Nampaknya ZAINIZAM MARJAN masih dahagakan gol. Walaubagaimanapun, bahagian serangan Sabah memang mantap. Kalau dilihat pada peluang, sekurang-kurangnya Sabah boleh memperolehi 4 gol dengan mudah tetapi akibat sedikit leka, lambat bertindak peluang itu disia-siakan begitu sahaja.

DEFEND     :3.0/5
Boleh tahan jugalah.. lebih-lebih lagi penyerang import pasukan lawan not on form malam tadi.. nasib baik...hehehe Penjaga Gol Sabah beerapa kali diuji namun kecekapannya berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada JOHOR FC. Hanya 1 gol berjaya di perolehi JOHOR FC akibat miss communication di bahagian pertahanan.

MATCH RATE   :3.5/5
Kedua-dua pasukan berusaha untuk menang. Beberapa tackle keras dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Walaubagaimanapun, pengadil perlawanan berjaya mengawal permainan dengan baik biarpun kadang-kadang beberapa misjudement daripada penjaga garisan yang membuat penonton tidak senang duduk.hehehe Tapi apa-apa pun congrates to both team diorang main game yang menghiburkan. 
_________________________________________________________________________________
TAHNIAH SHAHRIDDAN TEKAAN ANDA TEPAT!! SABAH MENANG 2-1
_________________________________________________________________________________




SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

3 comments:

Original By Badak SABAH