Ads

Thursday 8 March 2012

KK CITY RUN 2012



KK CITY RUN 2012

Acara ini diadakan bersempena dengan Ulang Tahun ke-12 Bandaraya Kota Kinabalu dengan bertemakan "RUN FOR 1MALAYSIA""BOWLS FOR HUMANITY". Acara ini adalah terbuka kepada penyertaan orang ramai pada semua peringkat usia dan semua lapisan masyarakat, tidak kira menetap di Bandaraya Kota Kinabalu atau di seluruh Sabah.

Konsep larian pada tahun ini, terbahagi kepada dua kategori iaitu Run for Fun dan Run to Win. Sebanyak 100 Hadiah Cabutan Bertuah menanti!

Dapatkan maklumat lanjut di talian 088-521800 (Pn. Jainab Saidi / Pn. Asmah Entoh).

<UPLOAD BORANG>

SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Monday 5 March 2012

RESULT : SABAH VS JOHOR FC (2-1)





KOTA KINABALU: Hop Hop Hoorey!! Menang Sabah kali ini.. 2-1!! Gol-gol Sabah hasil jaringan Rozaimi dan Shahruddin.. Tidak rugilah diorang dua nie jadi sebutan di Sabah.. Mutu persembahan yang di tunjukkan   Rozaimi memang menunjukkan standardnya sendiri dan memang layak dipanggil untuk bermain bersama SKUAD HARIMAU MUDA. Manakala Shahruddin gagal menunjukkan belangnya sebenar mungkin disebabkan masih keletihan kerana bermain dengan SKUAD SENIOR MALAYSIA.

Untuk rakan-rakan peminat disana yang tidak hadir menyaksikan perlawanan diatas nie ada video gol-gol perlawanan malam tadi. Thanks Sokernet.com!!!

ANALISIS PERLAWANAN

ATTENDANCE : 2.0/5
Kali ini kedatangan boleh-bolehlah geng oi!! RELA, POLIS BANTUAN, PGA memang ramai.. terkejut jugak saya..hehehe tapi thanks untuk diorang pasal kalo bukan pasal diorang confirm tidak terkawal penyokong-penyokong SABAHAWKS semalam.. Selepas bebrapa kemenangan, penyokong kini dahagakan gol daripada pemain-pemain sabah.Dianggarkan suku stadium tu penuh.. around 10 ribu kali orang datang.. Marilah ba kita ramai-ramai tengok Sabah main.. bagi sokongan dengan diorang.. SUPPORT our team!!

GAME PLAY   : 3.0/5
Corak permainan Sabah dilihat semakin mantap dan bertambah baik. Thanks untuk perlawanan perlawanan persahabatan tempoh hari. Banyak kelemahan Skuad SABAH berjaya diperbaiki. Namun masih ada lagi beberapa aspek yang perlu di titik beratkan oleh JUSTIN GANAI contohnya dari segi Ball Supply yang masih lambat dimana pemain masih menyimpan bola terlalu lama dan lambat membuat hantaran kedepan.

ATTACK    : 3.5/5
Walaupun dengan ketiadaan ANGRY BAIRD yang cedera ketika menentang MALAYSIA tempoh hari, jentera serangan Sabah berjaya melancarkan serangan bertali arus. Tapi sayang sedikit tumpul dan banyak mensia-siakan peluang yang terhidang dihadapan pintu gol lawan. Nampaknya ZAINIZAM MARJAN masih dahagakan gol. Walaubagaimanapun, bahagian serangan Sabah memang mantap. Kalau dilihat pada peluang, sekurang-kurangnya Sabah boleh memperolehi 4 gol dengan mudah tetapi akibat sedikit leka, lambat bertindak peluang itu disia-siakan begitu sahaja.

DEFEND     :3.0/5
Boleh tahan jugalah.. lebih-lebih lagi penyerang import pasukan lawan not on form malam tadi.. nasib baik...hehehe Penjaga Gol Sabah beerapa kali diuji namun kecekapannya berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada JOHOR FC. Hanya 1 gol berjaya di perolehi JOHOR FC akibat miss communication di bahagian pertahanan.

MATCH RATE   :3.5/5
Kedua-dua pasukan berusaha untuk menang. Beberapa tackle keras dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Walaubagaimanapun, pengadil perlawanan berjaya mengawal permainan dengan baik biarpun kadang-kadang beberapa misjudement daripada penjaga garisan yang membuat penonton tidak senang duduk.hehehe Tapi apa-apa pun congrates to both team diorang main game yang menghiburkan. 
_________________________________________________________________________________
TAHNIAH SHAHRIDDAN TEKAAN ANDA TEPAT!! SABAH MENANG 2-1
_________________________________________________________________________________




SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Saturday 3 March 2012

PREVIEW: SABAH VS JOHOR FC



SABAH
VS
JOHOR FC

STADIUM LIKAS
3 MAC 2012, 8.15 pm




Sila lihat ruangan SUKAN pada akhbar-akhbar tempatan kita, “NEW SABAH TIMES”, DAILY EXPRESS... semua menyatakan SABAH UNSTOPPABLE.... SABAH UNBEATEN dan banyak lagilah... bangga juga tau.. tapi sedikit terkilan itu adalah skuad PIALA PRESIDEN kita... tapi saya percaya SKUAD UTAMA LIGA SUPER SABAH pasti akan mengganas malam ini di Stadium Likas.



 Kini Sabah dan Johor masing-masing terikat sepuluh mata dan berada di kedudukan 10 dan 9 di dalam carta liga. Malam ini ada 6 orang kawan saya dari KUCHING datang untuk melihat perlawanan Sabah-Johor FC. Mereka ingit sendiri melihat macam mana pasukan kesayangan mereka tumpas 1-2 dengan Sabah tempoh hari. Pada perlawanan sebelum ini Sarawak berjaya menjinakkan Johor FC.


Tapi apa-apa pun malam ini CONFIRM saya datang.. So Jumpa anda di sana...




 PREDICTION:
NICKY      2-0
BUGIE       3-0
DAN          2-1
KOWIE      2-1
PANDA     2-2
AMENG     x-x 


SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Monday 27 February 2012

RESULT : SABAH VS MALAYSIA (0-1)



 


Masih belum terlambat lagi rasanya untuk saya ucapkan tahniah buat pasukan Sabah, walaupun kalah tetapi berjaya memberi saingan kepada pasukan KEBANGSAAN. Buli tahan geng kamu main.. Walaubagaimanapun, pujian perlu di berikan kepada penyokong bola sepak kita kerana membanjiri serta memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan... Kalaulah time LIGA SUPER pun macam nie kan best... Teringat saya masa jaman-jaman KHAIRUL AZMAN, YAP WAI LOON, MATLAN n SCOTT dulu... bukan stakat stadium penuh... Luar stadium pun pun ramai yang ndak dapat masuk tiket abes.. heheheh apa-apa pun I LOVE YOU lah SABAH.. Aramaitii...









SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Friday 24 February 2012

PREVIEW : SABAH VS MALAYSIA


 SABAH
VS 
MALAYSIA
PERLAWAN PERSAHABATAN

24 FEB 2012
STADIUM LIKAS
8.15 PM
  
KOTA KINABALU: Malam ini adalah malam bersejarah kerana SKUAD SABAHAWKS akan menentang pasukan MALAYASIA di STADIUM LIKAS, 8.15 pm. Kita lupakankan seketika 'cakap-cakap orang' mengenai nama HARIMAU MALAYA kenapa bukan HARIMAU MALAYSIA. Apa yang paling penting untuk kita rakyat MALAYSIA kunjungan skuad kebangsaan ke stadium keramat kita LIKAS amatlah dialu-alukan sebagai latihan memantapkan skuad Sabah dan haruslahdi manfaatkan sepenuhnya. (Jarang-jarang benda nie terjadi tau!!.hehe)  
Biarpun kita hanyalah pasukan pengganti "BACKUP PLAN" selepas Arab Saudi membatalkan perlawanan yang sepatutnya dijadualkan diantara mereka dan skuad Kebangsaan, namun Skuad kendalian Justin Ganai perlulah menunjukkan semangat juangnya malam ini. Kami Penyokong setia SABAHAWKS tidak akan berbelah bagi memberi semangat dan sokongan kepada SABAH akar dapat memberi tentangan kepada skuad Kebangsaan serta permainan yang cantik malam ini.
Apa yang paling membanggakan kita, Flanker Sabah Shahrudin Yakup telah diserap ke dalam skuad kebangsaan dan akan bermain untuk skuad Kebangsaan malam ini menentang Sabah.. Esteady ko geng.. Kami support ko juga ba.. Tahniah... We proud of you!! Skuad RAJAGOPAL pasti akan menghidangkan permainan yang menghiburkan malam ini, lebih-lebih lagi para pemainnya dibarisi pemain-pemain  bersatatus bintang termasuk pemain antarabangsa kita SAPEE SALI.
 So... Jangan lepaskan menyaksikan perlawanan malam ini.. Bukan di TV ataupun hanya mendengar di RADIO.. MARILAH MEMERIAHKAN SERTA MENYEMARAKKAN STADIUM MALAM INI... 
RAMAI-RAMAI KITA GENG PIGI STADIUM...  JUMPA ANDA DISANA!!!
 
PREDICTION
NICKY  :1-3
AMENG :0-1
KORIE :2-2
PECKHAM : 0-3


SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Wednesday 22 February 2012

INFO: Rajagobal tak mahu pemain ambil mudah aksi bertemu Filipina




KESUNGGUHAN untuk menang biarpun hanya aksi persahabatan ditagih jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal apabila menghadapi perlawanan antarabangsa pertama tahun ini bertemu Filipina di Manila, 29 Februari ini. 

“Pemain perlu ada sikap profesional. Walaupun ini sekadar aksi persahabatan, keinginan untuk menang itu perlu ada dalam setiap pemain.“Memang Piala Suzuki AFF 2012 masih jauh tetapi ini adalah persiapan awal ke arah itu,” kata Rajagobal ketika ditemui selepas sesi latihan di Wisma FAM, di Kelana Jaya, petang semalam.
Peringatan Rajagobal itu ada kebenarannya kerana Malaysia hanya menang tiga kali sepanjang 10 aksi berstatus A sepanjang tahun lalu - menewaskan Hong Kong 2-0, Myanmar 2-0 dan Taiwan 2-1, manakala selebihnya seri tiga kali dan tewas empat kali.

Bagi menguji kombinasi dan keserasian pelatih yang dipanggil bagi kem latihan kali ini, skuad kebangsaan bakal bertemu skuad Liga Super Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Jumaat ini. 

“Bertemu Sabah dianggap pemanas badan terbaik kerana saya berpeluang menguji dan menilai semua pemain. Tapi Filipina juga melakukan persiapan rapi termasuk bertemu Uzbekistan, kelab Qatar dan skuad Olimpik Australia baru-baru ini,” jelas Rajagobal.

Hanya 16 pemain menjalani latihan penuh semalam sambil empat masih cedera iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, S Subramaniam dan Faizal Muhamad. Kapten Pelita Jaya, Safee Sali dijangka menyertai latihan hari ini, disusuli tujuh pemain skuad Olimpik Khamis ini.


Senarai pelatih skuad kebangsaan:
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar (Kedah), K.Gurusamy, Norazlan Razali, Mohd Bunyamin Umar, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor), Mohd Farizal Marlias, S.Kunalan, G.Mahathevan, Ahmad Shakir Md Ali (Negeri Sembilan), Abdul Manaf Mamat, Mohamad Ashaari Samsudin, Mohd Faizal Muhamad, Muhamad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Muslim Ahmad (Terengganu), Norshahrul Idlan Talaha, S.Subramaniam, Mohd Shakir Shaari, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Shahrudin Yakup (Sabah), Wan Zack Haikal Wan Nor, Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A) Mohamad Zaquan Adha Abd Razak, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (ATM), Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya).

SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Sunday 19 February 2012

PIALA FA : KL SIME DARBY VS SABAH


KL SIME DARBY
VS
SABAH
PIALA FA 2012 PUSINGAN PERTAMA


STADIUM MP SELAYANG
4.15 PM






ALL THE BEST SABAH!!




PREDICTION
AMENG : 0-3
NICKY  : 0-4
LUCKY : 0-2
PANDA : 1-2

SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Original By Badak SABAH