Ads

Wednesday 22 February 2012

INFO: Rajagobal tak mahu pemain ambil mudah aksi bertemu Filipina




KESUNGGUHAN untuk menang biarpun hanya aksi persahabatan ditagih jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal apabila menghadapi perlawanan antarabangsa pertama tahun ini bertemu Filipina di Manila, 29 Februari ini. 

“Pemain perlu ada sikap profesional. Walaupun ini sekadar aksi persahabatan, keinginan untuk menang itu perlu ada dalam setiap pemain.“Memang Piala Suzuki AFF 2012 masih jauh tetapi ini adalah persiapan awal ke arah itu,” kata Rajagobal ketika ditemui selepas sesi latihan di Wisma FAM, di Kelana Jaya, petang semalam.
Peringatan Rajagobal itu ada kebenarannya kerana Malaysia hanya menang tiga kali sepanjang 10 aksi berstatus A sepanjang tahun lalu - menewaskan Hong Kong 2-0, Myanmar 2-0 dan Taiwan 2-1, manakala selebihnya seri tiga kali dan tewas empat kali.

Bagi menguji kombinasi dan keserasian pelatih yang dipanggil bagi kem latihan kali ini, skuad kebangsaan bakal bertemu skuad Liga Super Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Jumaat ini. 

“Bertemu Sabah dianggap pemanas badan terbaik kerana saya berpeluang menguji dan menilai semua pemain. Tapi Filipina juga melakukan persiapan rapi termasuk bertemu Uzbekistan, kelab Qatar dan skuad Olimpik Australia baru-baru ini,” jelas Rajagobal.

Hanya 16 pemain menjalani latihan penuh semalam sambil empat masih cedera iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, S Subramaniam dan Faizal Muhamad. Kapten Pelita Jaya, Safee Sali dijangka menyertai latihan hari ini, disusuli tujuh pemain skuad Olimpik Khamis ini.


Senarai pelatih skuad kebangsaan:
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar (Kedah), K.Gurusamy, Norazlan Razali, Mohd Bunyamin Umar, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor), Mohd Farizal Marlias, S.Kunalan, G.Mahathevan, Ahmad Shakir Md Ali (Negeri Sembilan), Abdul Manaf Mamat, Mohamad Ashaari Samsudin, Mohd Faizal Muhamad, Muhamad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Muslim Ahmad (Terengganu), Norshahrul Idlan Talaha, S.Subramaniam, Mohd Shakir Shaari, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Shahrudin Yakup (Sabah), Wan Zack Haikal Wan Nor, Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A) Mohamad Zaquan Adha Abd Razak, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (ATM), Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya).

SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

No comments:

Post a Comment

Original By Badak SABAH