Ads

Friday 10 February 2012

INFO : PENGGANTUNGAN PEMAIN YANG TERLIBAT DALAM GEJALA RASUAH


SIARAN MEDIA 8 FEBRUARI 2012

E-mailPrintPDF

Football-Association-of-Malaysia1
SIARAN MEDIA 8 FEBRUARI 2012
PENGGANTUNGAN PEMAIN YANG TERLIBAT DALAM GEJALA RASUAH

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan ini melalui Jawatankuasa Tatatertib telah menyiasat kes wujudnya unsur-unsur Rasuah dan gejala Mengatur Perlawanan ke atas Pasukan Piala Presiden  2011 PB Negeri Sembilan.
Berikutan sisasatan berkenaan, Persatuan telah mengenakan tindakan penggantungan dari semua Aktiviti Bolasepak ke atas pegawai dan pemain-pemain yang terlibat. Penggantungan ini berkuat kuasa mulai 30 November 2011.
A. Pemain-pemain berikut di Digantung Satu (1) Tahun dan tidak boleh terlibat dengan semua Aktiviti Bolasepak di Peringkat Kebangsaan. Hukuman ini TIDAK boleh di rayu.
  1. Mohd Yatim Bin Abdullah
  2. Adrian a/l Davadas
  3. Norhairi Bin Abdul Rahman
  4. Muhammad Zulfadhlie Bin Mohamad A’ashari

B. Pemain-pemain berikut Digantung Lima (5) Tahun dan tidak boleh terlibat dengan semua Aktiviti Bolasepak di Peringkat Kebangsaan. Rayuan hanya boleh dibuat selepas Satu  (1) Tahun. Rayuan hendaklah di buat secara bertulis kepada FAM.
  1. Muhammad Zaidi Bin Othman
  2. Hamirul Fahamie Bin Abu Yazid
  3. Anwarul Hafiz Bin Ahmad
  4. Muhamad Haikal Bin Mohamad Nazri
  5. Suhairy Bin Johari
  6. Muhamad Rizqi Bin Azman
  7. Mohd Hafiz Bin Mohd Nor

C. Ketua Jurulatih Pasukan Piala Presiden 2011 PB Negeri Sembilan, Encik Yusarman Bin Yusof Digantung seumur hidup daripada terlibat dengan Aktiviti Bolasepak. Rayuan hanya boleh di buat selepas Sepuluh (10) Tahun. Rayuan hendaklah di buat secara bertulis ke FAM.
Untuk makluman, Pegawai-pegawai dan Pemain-pemain Pasukan  Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy 2011. Pasukan Piala Presiden Johor MP Muar FC 2011, Pasukan Piala Presiden Terengganu PBDKT/T-Team 2010 Digantung sementara sehingga hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang akan datang.

Sekian, terima kasih.
Dipetik Terus dari -FAM-

SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

1 comment:

  1. Inilah taik bola sepak.. Duri dalam daging.. yang menghancurkan BOLA SEPAK MALAYSIA.. huhuh

    ReplyDelete

Original By Badak SABAH