Ads

Friday 17 February 2012

INFO : RASUAH KEMBALI MENGHANTUI LIGA KITA?




KUALA LUMPUR : Apakah benar ada orang dalam FAM sendiri yang menjadi dalang dalam sindiket mengatur perlawanan?

Belum pun reda hukuman yang dikenakan terhadap 18 pemain dan seorang jurulatih Piala Presiden minggu lalu, kali ini ada orang dalam FAM sendiri pula ditunding turut mempunyai kaitan dengan skandal tersebut membabitkan perlawanan Liga Super. 

Dalam laporan akhbar di negara jiran, Singapura mengatakan pasukan Lions XII kini disiasat kerana sekurang-kurangnya satu perlawanan membabitkan pasukan jemputan itu di Liga Malaysia disyaki terlibat. 

Seorang penyiasat Fifa yang enggan dikenali berkata pegawai perlawanan dan peminat sedang disiasat tanpa menyatakan perlawanan yang terbabit secara terperinci. 

Namun The Straits Times Singapura hari ini dengan lebih berani berjaya mendapatkan ulasan daripada Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton bahawa terdapat pegawai FAM yang turut terlibat dengan berkata, "Saya boleh memberitahu terdapat siasatan mengaitkan pegawai bola sepak di Malaysia dan secara global di Asia Tenggara.

"Sudah tiba masanya untuk kerajaan di sini sedar bahawa saiz market perjudian di rantau ini menarik banyak sindiket seperti ini."

FAM pula dilihat enggan cepat melatah dan sebaliknya menunggu jawapan daripada Eaton selepas FAM telah menghantar surat mengkehendakinya menjelaskan secara terperinci maksud kenyataan tersebut serta menyertakan bukti jika benar ada asas untuk mengesyaki mana-mana pegawai badan induk negara itu. 

Dalam minggu ini juga, FAM mendedahkan tiga pasukan sedang disiasat kerana turut terlibat dengan insiden yang pernah memusnahkan bola sepak negara lebih sedekad lalu. 


      ~ASTRO ARENA SOURCE~                                                                                                                      ~FAM SOURCE~




SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

1 comment:

  1. Harap-haraplah pasukan kita tidak terlibat... SABAHAWKS kian ramai.. Peminat makin ramai juga yang datang... Hope jangan kembalikan zaman gelap sabah...

    ReplyDelete

Original By Badak SABAH