Ads

Friday 10 February 2012

PREVIEW: KEDAH VS SABAH



 KEDAH 
 VS
 SABAH 

STADIUM DARUL AMAN
11 FEB 2012, SABTU

8.45 p.m


               M-K-K-S-S                                  LAST 5 Games                                    S-S-K-S-M            

Berada di tangga yang ke-10, iaitu 3 tangga di atas Skuad Kenari bukanlah satu jaminan untuk Sabah memenangi perlawanan Sabtu ini. Pada perlawanan lepas Kedah berjaya menundukkan Kuala Lumpur 0-1 di tempat lawan manakala Sabah hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Kelantan. Semestinya anak didik Wan Jamak Wan Hasan ingin meneruskan rentak kemenangan lebih-lebih lagi akan melayan kunjungan Sabah di Darul Aman. 

Jika dilihat daripada statistik perlawanan liga sebelum ini, Kedah dan Sabah masih terumbang-ambing dan tidak bermain dibawah kemampuan sebenar. Mungkin terlalu awal untuk mengatakan apa-apa mengenai Sabah. Namun apa yang diharapkan untuk skuad Sabah hanya mengekalkan corak permainan seperti yang dipertontonkan ketika menentang Kelantan.

Menurut pengendali Sabah Justin Ganai, Sabah akan mengekalkan formasi 4-4-2 seperti menentang Kelantan tempoh hari dan mungkin akan menggunakan khidmat Zainizam Marjan sebagai penyerang.Selain Zainizam, Sabah memiliki 2 lagi pemain iaitu  Rozaimi Rahman dan Leopold Alphonso yang boleh digandingkan dengan Bobby Gonzales dibahagian serangan. Perubahan ini berlaku di sebabkan bintang IMPORT sensasi Sabah,Michael Baird sedang menjalani penggantungan automatik satu perlawanan berikutan 3 kad kuning yang dikumpul setakat ini.
 
Saya percaya Sabah mampu membawa 3 mata dari Darul Aman sekiranya semua pemain fokus dan memberi komitmen 110% dalam perlawanan malam ini. Setakan ini, Kedah belum lagi memenangi perlawanan di gelanggang sendiri dan lebih memeranjatkan hanya menjaringkan 1 gol dalam 3 perlawanan di tempat sendiri. Peluang ini harus di manfaatkan oleh pasukan SABAH.
So All THE BEST SABAH... SABAH TATAP!!! ARAMAITII!!!

PREDICTION: 
Panda  : ( 1-1)
Met     :  (1-2)
Ameng : (0-2)
Emily   :  (0-1)


SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

No comments:

Post a Comment

Original By Badak SABAH