Ads

Wednesday, 15 February 2012

RESULT : SABAH VS KUALA LUMPUR (2-0)



KOTA KINABALU: Akhirnya SABAH berjaya mencatatkan kemenangan selepas seri 3 perlawanan berturut-turut. Keseluruhan penyokong yang hadir kali ini hanya mampu memenuhi separuh stadium. Tidak seperti ketika menetang RED WORRIORS dimana 3/4 stadium dibanjiri oleh penyokong-penyokong kedua-dua pasukan. Walaubagaimanapun, terima kasih kepasa NORTH BORNEO ULTRAS.. Kalau bukan pasal kamu boring sdah keadaan stadium.. heheheh


Perlawanan yang berlangsung di Likas malam tadi sedikit hambar pada separuh masa pertama dimana SABAH bagai hilang punca terutamanya di awal-awal perlawanan lebih-lebih lagi dengan ketiadaan BRANDON GAN di bahagian tengah pasukan SABAH. Bahagian tengah SABAH yang dikemudil oleh ZAINIZAM, kurang memberi impak. (kudratnya seorang tidak mampu mengawal dan sering kali kehilangan bola). Gol Sabah muncul pada minit ke-36 hasil rembatan ROZAIMI dari sudut sukar sebalah kanan gol KUALA LUMPUR. Hanya satu gol berjaya dihasilkan Sabah pada separuh masa pertama. 


Seminit selepas separuh masa kedua bermula, Sabah berjaya memperolehi gol kedua hasil lorongan dan berjaya disempurnakan ANGRY BAIRD. Sabah beberapa kali melancarkan serangan, namun ketumpulan jentera serangan Sabah menyebabkan mereka Gagal menambah jaringan. Bobby Gonzales dibawa masuk bagi menguatkan serangan. Namun, kemasukannya gagal mengubah keputusan. Dari tempat duduk saya (sepuluh ringgit sebelah si TUAH) rata-rata tidak berpuasa hati dengan corak permainan beliau. Dari pandangan saya pula.. "ABG JUSTIN... SIMPAN JAK SI BOBBY NIE.. BIDA BETUL DIA MAIN.. SOH DIA TRAINING BETUL2 BARU KASI MASUK" heheheh Kuala Lumpur nyaris-nyaris memperolehi gol saguhati namun rempatan pemainnya hanya mampu singgah ke tiang gol Sabah sebelum di tolak keluar oleh pertahanan Sabah.



Permainan terpaksa diberhentikan seketika ketika perlawanan berbaki 15 minit lagi. Bekalan elektrik di stadium terputus. Sebelum bekalan elektrik terputus, SABAH sedang melancarkan serangan namun terpaksa menggatur semula strategi 15 minit kemudian setelah masalah berjaya di atasi.


Secara keseluruhan, Sabah bermain baik namun beberapa aspek masih perlu di perbaiki terutamanya ada segelintir pemain yang terlalu lama memegang bola dan akhirnya kehilangan terus bola, game play serta lambat membuat lorongan, positioning pemain pun masih perlu di perbaiki... Walaubagaimanapun, TAHNIAH SABAH.. KITA MENANG 2-0!!!! Aramaiti...


 Perlawanan seterusnya untuk SABAH ialah PIALA FA menentang KL SIME DARBY pada  19 Feb dan kemuadian Sabah dijadualkan menentang SKUAD MALAYSIA sebagai perlawanan pemanas badan skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Manila. Perlawanan antara Sabah menentang Skuad Malaysia yang dijadualkan di Stadium Likas akan berlangsung pada 24 Feb ini.

ANALYSIS SABAH 
ATTENDANCE :  2.5/5
GAME PLAY     :  3.0/5
ATTACK            :  3.0/5
DEFEND            :  3.5/5
MATCH RATE   :  2.5/5

SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

7 comments:

  1. Replies
    1. Guru.. ajar dulu aku yang link ko cakap sama si bugie tu.. xtau plak aku wat..

      Delete
    2. macam mana mau join itu NORTH BORNEO ULTRAS?? macam best plak...

      Delete
    3. dalam masa tdekat ni kad membership akan dkeluarkan.. rm30 ja..
      baju pun ada jg tu nnt.. untuk ptanyaan lebih lanjut
      klik link ni https://www.facebook.com/pages/North-Borneo-Ultras/202021173153178?sk=info

      https://www.facebook.com/pages/SabaHawks-DieHard-FanClub/167885339926834

      Delete
  2. percayalah aku sama kamu NORTH BORNEO ULTRAS.. Kini saya menggaku jadi NBU FANS PLAK.... hehehe hidup NBU!!!

    ReplyDelete
  3. Rasa macam mau ikut buang tisu lepas lagu Negaraku.. boleh ka??

    ReplyDelete
  4. No problem with power supply to stadium: SESB
    Published on: Thursday, February 16, 2012

    Kota Kinabalu: The Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) said there was no problem with the power supply from its substation to the Likas Stadium during a blackout Tuesday night.

    The Likas Stadium was plunged into darkness for about 30 minutes when the Sabah-Kuala Lumpur Super League match was in progress.

    Sabah Electricity Sdn Bhd general manager Ahmad Sazree Abd Aziz said SESB was prepared to cooperate with the Likas Stadium management to identify the real reason for the blackout.

    The blackout forced a delay in the match which was eventually won by Sabah (2-0).

    "SESB can confirm that supply to the stadium was normal and there was no problem with the feeder trip switch," he said in a statement here Wednesday.

    Ahmad Sazree said the SESB had always taken steps to ensure power supply to the stadium was not disrupted because it can disrupt matches. - Bernama

    ReplyDelete

Original By Badak SABAH