Ads

Showing posts with label Badak. Show all posts
Showing posts with label Badak. Show all posts

Thursday, 2 February 2012

PREVIEW: SABAH VS KELANTAN


SABAH
VS
KELANTAN

STADIUM LIKAS
8 FEBRUARI 2012, RABU

8.15 MALAM

Sememangnya perlawanan antara Sabah dan Kelantan rabu ini boleh diumpamakan seperti Si kerdil menentang Gergasi. Rata-rata pemain Kelantan di barisi pemain kebangsaan mahupun pemain senior yang mempunyai pengalaman lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan skuad kendalian Justin Ganai ini. 

Walaubagaimanapun, saya percaya Justin akan menurunkan skuad terbaiknya bagi menghadapi skuad Pantai Timur ini. Berdasarkan rekod semasa, Kelantan kini menerajui Liga dengan 13 mata manakala Sabah berkedudukan di tangga ke-11, 8 mata dibelakang Kelantan. 

Saya pasti Kelantan yang akan bertandang ke Stadium Likas ingin mengekalkan rentak kemenangan mereka walaupun Jurulatih Kelantan Peter Butler pernah menjadi pembimbing Sabah sekitar tahun 2002-2004. NO MERCY!!

Harap SABAH dapat menunjukkan kualiti permainan yang lebih bermutu. Saya menjangkakan sekiranya Sabah berjaya menggatasi Kelantan, Sabah akan menang 2-1.
Go Go SaBAH!!!

SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Sunday, 22 January 2012

RESULT: SABAH vs LIONSXII

SABAH vs LIONS XII


KOTA KINABALU: Kekalahan 0-1 kepada pasukan Lions XII amat mengecawakan bagi segelintir peminat bola sepak tanahair terutamanya dari Sabah yang mengharapkan skuad kendalian Justin Ganai memperolehi 3 mata penuh dalam saingan Liga Super semalam. Kekecewaan itu dipalit dengan layangan kad merah kepada kedua-dua pemain Sabah dan Lions XII yang menyaksikan tindakan tidak professional dari mereka.

Sepuluh minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan cuba mencari rentak namun Sabah terlebih dahulu dikejutkan dengan Gol sendiri hasil tandukan Harris hasil daripada sepakan percuma dari sudut sebelah kiri tiang gol. Sabah yang menguasai hampir 70% permainan gagal menjaringkan sebarang gol biarpun melancarkan serangan bertali arus ke gawang Lions XII.

Babak kedua bersambung dengan Lions XII lebih menumpukan untuk bertahan. Hampir kesemua pemain LionsXII berada di kawasan sendiri untuk bertahan serta mempertahankan defisit 1 gol yang terhasil di separuh masa pertama. Sabah cuba bangkit dengan corak permainan yang lebih agresif namun statergi lionsxii untuk bertahan berhasil. Peminat yang hadir ke stadium sangat tidak berpuasa hati dengan corak bertahan yang di pamerkan namun apa yang lebih penting SKUAD dari Singapura itu berjaya membawa bekalan 3 mata penuh ke Singapura.

========================================================================== Result Penuh
SABAH TATAP ! Aramaitiiiii ~ Jangan lupa tekan "LIKE" !

Original By Badak SABAH