Ads
Monday, 27 February 2012
RESULT : SABAH VS MALAYSIA (0-1)
Friday, 24 February 2012
PREVIEW : SABAH VS MALAYSIA
SABAH
VS
MALAYSIA
PERLAWAN PERSAHABATAN
24 FEB 2012
STADIUM LIKAS
8.15 PM
KOTA KINABALU: Malam ini adalah malam bersejarah kerana SKUAD SABAHAWKS akan menentang pasukan MALAYASIA di STADIUM LIKAS, 8.15 pm. Kita lupakankan seketika 'cakap-cakap orang' mengenai nama HARIMAU MALAYA kenapa bukan HARIMAU MALAYSIA. Apa yang paling penting untuk kita rakyat MALAYSIA kunjungan skuad kebangsaan ke stadium keramat kita LIKAS amatlah dialu-alukan sebagai latihan memantapkan skuad Sabah dan haruslahdi manfaatkan sepenuhnya. (Jarang-jarang benda nie terjadi tau!!.hehe)
Biarpun kita hanyalah pasukan pengganti "BACKUP PLAN" selepas Arab Saudi membatalkan perlawanan yang sepatutnya dijadualkan diantara mereka dan skuad Kebangsaan, namun Skuad kendalian Justin Ganai perlulah menunjukkan semangat juangnya malam ini. Kami Penyokong setia SABAHAWKS tidak akan berbelah bagi memberi semangat dan sokongan kepada SABAH akar dapat memberi tentangan kepada skuad Kebangsaan serta permainan yang cantik malam ini.
Apa yang paling membanggakan kita, Flanker Sabah Shahrudin Yakup telah diserap ke dalam skuad kebangsaan dan akan bermain untuk skuad Kebangsaan malam ini menentang Sabah.. Esteady ko geng.. Kami support ko juga ba.. Tahniah... We proud of you!! Skuad RAJAGOPAL pasti akan menghidangkan permainan yang menghiburkan malam ini, lebih-lebih lagi para pemainnya dibarisi pemain-pemain bersatatus bintang termasuk pemain antarabangsa kita SAPEE SALI.
So... Jangan lepaskan menyaksikan perlawanan malam ini.. Bukan di TV ataupun hanya mendengar di RADIO.. MARILAH MEMERIAHKAN SERTA MENYEMARAKKAN STADIUM MALAM INI...
RAMAI-RAMAI KITA GENG PIGI STADIUM... JUMPA ANDA DISANA!!!
PREDICTION
NICKY :1-3
AMENG :0-1
KORIE :2-2
PECKHAM : 0-3
Wednesday, 22 February 2012
INFO: Rajagobal tak mahu pemain ambil mudah aksi bertemu Filipina
KESUNGGUHAN untuk menang biarpun hanya aksi persahabatan ditagih jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal apabila menghadapi perlawanan antarabangsa pertama tahun ini bertemu Filipina di Manila, 29 Februari ini.
“Pemain perlu ada sikap profesional. Walaupun ini sekadar aksi persahabatan, keinginan untuk menang itu perlu ada dalam setiap pemain.“Memang Piala Suzuki AFF 2012 masih jauh tetapi ini adalah persiapan awal ke arah itu,” kata Rajagobal ketika ditemui selepas sesi latihan di Wisma FAM, di Kelana Jaya, petang semalam.
Peringatan Rajagobal itu ada kebenarannya kerana Malaysia hanya menang tiga kali sepanjang 10 aksi berstatus A sepanjang tahun lalu - menewaskan Hong Kong 2-0, Myanmar 2-0 dan Taiwan 2-1, manakala selebihnya seri tiga kali dan tewas empat kali.
Bagi menguji kombinasi dan keserasian pelatih yang dipanggil bagi kem latihan kali ini, skuad kebangsaan bakal bertemu skuad Liga Super Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Jumaat ini.
“Bertemu Sabah dianggap pemanas badan terbaik kerana saya berpeluang menguji dan menilai semua pemain. Tapi Filipina juga melakukan persiapan rapi termasuk bertemu Uzbekistan, kelab Qatar dan skuad Olimpik Australia baru-baru ini,” jelas Rajagobal.
Hanya 16 pemain menjalani latihan penuh semalam sambil empat masih cedera iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, S Subramaniam dan Faizal Muhamad. Kapten Pelita Jaya, Safee Sali dijangka menyertai latihan hari ini, disusuli tujuh pemain skuad Olimpik Khamis ini.
Senarai pelatih skuad kebangsaan:
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar (Kedah), K.Gurusamy, Norazlan Razali, Mohd Bunyamin Umar, Safiq Rahim, Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor), Mohd Farizal Marlias, S.Kunalan, G.Mahathevan, Ahmad Shakir Md Ali (Negeri Sembilan), Abdul Manaf Mamat, Mohamad Ashaari Samsudin, Mohd Faizal Muhamad, Muhamad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Muslim Ahmad (Terengganu), Norshahrul Idlan Talaha, S.Subramaniam, Mohd Shakir Shaari, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Shahrudin Yakup (Sabah), Wan Zack Haikal Wan Nor, Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A) Mohamad Zaquan Adha Abd Razak, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (ATM), Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya).
Sunday, 19 February 2012
PIALA FA : KL SIME DARBY VS SABAH
KL SIME DARBY
VS
SABAH
PIALA FA 2012 PUSINGAN PERTAMA
STADIUM MP SELAYANG
4.15 PM
ALL THE BEST SABAH!!
PIALA FA 2012 PUSINGAN PERTAMA
STADIUM MP SELAYANG
4.15 PM
ALL THE BEST SABAH!!
PREDICTION
AMENG : 0-3
NICKY : 0-4
LUCKY : 0-2
PANDA : 1-2
AKUSIJEBAT: 1-3
Friday, 17 February 2012
INFO : RASUAH KEMBALI MENGHANTUI LIGA KITA?
KUALA LUMPUR : Apakah benar ada orang dalam FAM sendiri yang menjadi dalang dalam sindiket mengatur perlawanan?
Belum pun reda hukuman yang dikenakan terhadap 18 pemain dan seorang jurulatih Piala Presiden minggu lalu, kali ini ada orang dalam FAM sendiri pula ditunding turut mempunyai kaitan dengan skandal tersebut membabitkan perlawanan Liga Super.
Dalam laporan akhbar di negara jiran, Singapura mengatakan pasukan Lions XII kini disiasat kerana sekurang-kurangnya satu perlawanan membabitkan pasukan jemputan itu di Liga Malaysia disyaki terlibat.
Seorang penyiasat Fifa yang enggan dikenali berkata pegawai perlawanan dan peminat sedang disiasat tanpa menyatakan perlawanan yang terbabit secara terperinci.
Namun The Straits Times Singapura hari ini dengan lebih berani berjaya mendapatkan ulasan daripada Ketua Keselamatan Fifa, Chris Eaton bahawa terdapat pegawai FAM yang turut terlibat dengan berkata, "Saya boleh memberitahu terdapat siasatan mengaitkan pegawai bola sepak di Malaysia dan secara global di Asia Tenggara.
"Sudah tiba masanya untuk kerajaan di sini sedar bahawa saiz market perjudian di rantau ini menarik banyak sindiket seperti ini."
FAM pula dilihat enggan cepat melatah dan sebaliknya menunggu jawapan daripada Eaton selepas FAM telah menghantar surat mengkehendakinya menjelaskan secara terperinci maksud kenyataan tersebut serta menyertakan bukti jika benar ada asas untuk mengesyaki mana-mana pegawai badan induk negara itu.
Dalam minggu ini juga, FAM mendedahkan tiga pasukan sedang disiasat kerana turut terlibat dengan insiden yang pernah memusnahkan bola sepak negara lebih sedekad lalu.
Wednesday, 15 February 2012
RESULT : SABAH VS KUALA LUMPUR (2-0)
KOTA KINABALU: Akhirnya SABAH berjaya mencatatkan kemenangan selepas seri 3 perlawanan berturut-turut. Keseluruhan penyokong yang hadir kali ini hanya mampu memenuhi separuh stadium. Tidak seperti ketika menetang RED WORRIORS dimana 3/4 stadium dibanjiri oleh penyokong-penyokong kedua-dua pasukan. Walaubagaimanapun, terima kasih kepasa NORTH BORNEO ULTRAS.. Kalau bukan pasal kamu boring sdah keadaan stadium.. heheheh
Perlawanan yang berlangsung di Likas malam tadi sedikit hambar pada separuh masa pertama dimana SABAH bagai hilang punca terutamanya di awal-awal perlawanan lebih-lebih lagi dengan ketiadaan BRANDON GAN di bahagian tengah pasukan SABAH. Bahagian tengah SABAH yang dikemudil oleh ZAINIZAM, kurang memberi impak. (kudratnya seorang tidak mampu mengawal dan sering kali kehilangan bola). Gol Sabah muncul pada minit ke-36 hasil rembatan ROZAIMI dari sudut sukar sebalah kanan gol KUALA LUMPUR. Hanya satu gol berjaya dihasilkan Sabah pada separuh masa pertama.
Seminit selepas separuh masa kedua bermula, Sabah berjaya memperolehi gol kedua hasil lorongan dan berjaya disempurnakan ANGRY BAIRD. Sabah beberapa kali melancarkan serangan, namun ketumpulan jentera serangan Sabah menyebabkan mereka Gagal menambah jaringan. Bobby Gonzales dibawa masuk bagi menguatkan serangan. Namun, kemasukannya gagal mengubah keputusan. Dari tempat duduk saya (sepuluh ringgit sebelah si TUAH) rata-rata tidak berpuasa hati dengan corak permainan beliau. Dari pandangan saya pula.. "ABG JUSTIN... SIMPAN JAK SI BOBBY NIE.. BIDA BETUL DIA MAIN.. SOH DIA TRAINING BETUL2 BARU KASI MASUK" heheheh Kuala Lumpur nyaris-nyaris memperolehi gol saguhati namun rempatan pemainnya hanya mampu singgah ke tiang gol Sabah sebelum di tolak keluar oleh pertahanan Sabah.
Permainan terpaksa diberhentikan seketika ketika perlawanan berbaki 15 minit lagi. Bekalan elektrik di stadium terputus. Sebelum bekalan elektrik terputus, SABAH sedang melancarkan serangan namun terpaksa menggatur semula strategi 15 minit kemudian setelah masalah berjaya di atasi.
Secara keseluruhan, Sabah bermain baik
namun beberapa aspek masih perlu di perbaiki terutamanya ada segelintir
pemain yang terlalu lama memegang bola dan akhirnya kehilangan terus
bola, game play serta lambat membuat lorongan, positioning pemain pun
masih perlu di perbaiki... Walaubagaimanapun, TAHNIAH SABAH.. KITA
MENANG 2-0!!!! Aramaiti...
Perlawanan seterusnya untuk SABAH ialah PIALA FA menentang KL SIME DARBY pada 19 Feb dan kemuadian Sabah dijadualkan menentang SKUAD MALAYSIA sebagai perlawanan pemanas badan skuad kebangsaan sebelum berlepas ke Manila. Perlawanan antara Sabah menentang Skuad Malaysia yang dijadualkan di Stadium Likas akan berlangsung pada 24 Feb ini.
ANALYSIS SABAH
ATTENDANCE : 2.5/5
GAME PLAY : 3.0/5
ATTACK : 3.0/5
DEFEND : 3.5/5
MATCH RATE : 2.5/5
Monday, 13 February 2012
PREVIEW : SABAH vs KUALA LUMPUR
SABAH
VS
KUALA LUMPUR
STADIUM LIKAS
14 FEB 2012, SELASA
8.15 p.m
Sabah gagal menumpaskan Kedah di Alor Setar pada perlawanan lepas. DAN adakah Stadium Likas menjadi ARENA untuk SABAH SERI SEKALI LAGI???
Ndak sanggup sudah melihat Sabah seri buat sekian kalinya.. Kalo ikutkan mau saja saya bediri Sebelah Justin bagi arahan.. hehehe tapi sapalah saya... "JUSTIN.. Kasi masuk sa...!!" Ceh..dalam mimpi jak.. Tapi kami penyokong TATAP SABAH mengharapkan SABAH mampu menewaskan KUALA LUMPUR... Geram geng tengok tempat sepuluh ringgit nie.. heheheh
Paluan Kompang dari kelab SABAHAWKS dan nyanyian ULTRAS NORTH BORNEO..Yang xputus-putus.. pasti membakar semangat juang SABAH.. Penonton semakin ramai GENG!! Apa lagi kamu mau.. Come on SABAH..... Kali ni saya harap SABAH menang.. Lama sdah ndak tengok diorg menang.. heheheh Gooo SABAH Gooo.!!!!
Ini Kalilah!!! Kunjungan Kuala Lumpur ke Stadium Likas bakal merubah segalanya. Sabah yang dilihat semakin konsisiten dan semakin garang di tempat sendiri bakal menunjukkan taringnya.. Mampukah Sabah menewaskan Skuad Warga Kota ini.. Kita saksikan bersama-sama di LIKAS.. JOM!!
**ndak mo sdah guna ayat skema.. kana kasi katawa CHIBI jak.. huhuh
PREDICTION:
Panda : 2-0
Ameng : 3-1
Smith : 3-0
Met : 2-0
Saturday, 11 February 2012
RESULT : SABAH VS KEDAH ( 2-2 )
Alamak ada siaran langsung pulak kan.. huhu xsempat plak tengok.. Busy sikit malam tadi.. Ehhh.. bukan pergi aramaiti... heheheh
Tapi kali nie just sharing-sharing jaklah k.. heheh Sapa-sapa yang ada tengok SABAH main tolonglah ulas.. saya pun mo tau.. huhuuh rugi pulak rasa xtengok... Tapi kalo xsilap saya Brendon dapat Kad Merah.. heheh kesian...
Kali ini adalah keputusan Seri SABAH yang ke-4.. Bermain digelanggang lawan Sabah seri 3 kali dan kalah sekali. Selepas bermain 7 perlawanan Sabah mengumpul 7 mata dengan hanya menjaringkan 6 gol dan di bolosi 8 gol.
Seri VS KEDAH ( 2-2 ) A
Seri VS KELANTAN ( 0-0 ) H
Seri VS PKNS FC ( 2-2 ) A
Kalah VS LIONS XII ( 0-1 ) H
Seri VS T-TEAM ( 0-0 ) A
MENANG VS SARAWAK ( 2-1 ) H
Kalah VS FELDA UTD ( 2-0 ) A
Selepas ini SABAH akan bertemu KUALA LUMPUR di STADIUM LIKAS pada 14 Februari.. Mari kita meriahkan Stadium.. Beri sokongan padu untuk Pasukan Sabah.. Goooo SABAH.. Gooooo...
========================================================================
Friday, 10 February 2012
INFO : PENGGANTUNGAN PEMAIN YANG TERLIBAT DALAM GEJALA RASUAH
SIARAN MEDIA 8 FEBRUARI 2012
SIARAN MEDIA 8 FEBRUARI 2012
PENGGANTUNGAN PEMAIN YANG TERLIBAT DALAM GEJALA RASUAH
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan ini melalui Jawatankuasa Tatatertib telah menyiasat kes wujudnya unsur-unsur Rasuah dan gejala Mengatur Perlawanan ke atas Pasukan Piala Presiden 2011 PB Negeri Sembilan.
Berikutan sisasatan berkenaan, Persatuan telah mengenakan tindakan penggantungan dari semua Aktiviti Bolasepak ke atas pegawai dan pemain-pemain yang terlibat. Penggantungan ini berkuat kuasa mulai 30 November 2011.
A. Pemain-pemain berikut di Digantung Satu (1) Tahun dan tidak boleh terlibat dengan semua Aktiviti Bolasepak di Peringkat Kebangsaan. Hukuman ini TIDAK boleh di rayu.
- Mohd Yatim Bin Abdullah
- Adrian a/l Davadas
- Norhairi Bin Abdul Rahman
- Muhammad Zulfadhlie Bin Mohamad A’ashari
B. Pemain-pemain berikut Digantung Lima (5) Tahun dan tidak boleh terlibat dengan semua Aktiviti Bolasepak di Peringkat Kebangsaan. Rayuan hanya boleh dibuat selepas Satu (1) Tahun. Rayuan hendaklah di buat secara bertulis kepada FAM.
- Muhammad Zaidi Bin Othman
- Hamirul Fahamie Bin Abu Yazid
- Anwarul Hafiz Bin Ahmad
- Muhamad Haikal Bin Mohamad Nazri
- Suhairy Bin Johari
- Muhamad Rizqi Bin Azman
- Mohd Hafiz Bin Mohd Nor
C. Ketua Jurulatih Pasukan Piala Presiden 2011 PB Negeri Sembilan, Encik Yusarman Bin Yusof Digantung seumur hidup daripada terlibat dengan Aktiviti Bolasepak. Rayuan hanya boleh di buat selepas Sepuluh (10) Tahun. Rayuan hendaklah di buat secara bertulis ke FAM.
Untuk makluman, Pegawai-pegawai dan Pemain-pemain Pasukan Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy 2011. Pasukan Piala Presiden Johor MP Muar FC 2011, Pasukan Piala Presiden Terengganu PBDKT/T-Team 2010 Digantung sementara sehingga hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Dipetik Terus dari -FAM-
PREVIEW: KEDAH VS SABAH
KEDAH
VS
SABAH
STADIUM DARUL AMAN
11 FEB 2012, SABTU
8.45 p.m
M-K-K-S-S LAST 5 Games S-S-K-S-M
Berada di tangga yang ke-10, iaitu 3 tangga di atas Skuad Kenari bukanlah satu jaminan untuk Sabah memenangi perlawanan Sabtu ini. Pada perlawanan lepas Kedah berjaya menundukkan Kuala Lumpur 0-1 di tempat lawan manakala Sabah hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Kelantan. Semestinya anak didik Wan Jamak Wan Hasan ingin meneruskan rentak kemenangan lebih-lebih lagi akan melayan kunjungan Sabah di Darul Aman.
Jika dilihat daripada statistik perlawanan liga sebelum ini, Kedah dan Sabah masih terumbang-ambing dan tidak bermain dibawah kemampuan sebenar. Mungkin terlalu awal untuk mengatakan apa-apa mengenai Sabah. Namun apa yang diharapkan untuk skuad Sabah hanya mengekalkan corak permainan seperti yang dipertontonkan ketika menentang Kelantan.
Menurut pengendali Sabah Justin Ganai, Sabah akan mengekalkan formasi 4-4-2 seperti menentang Kelantan tempoh hari dan mungkin akan menggunakan khidmat Zainizam Marjan sebagai penyerang.Selain Zainizam, Sabah memiliki 2 lagi pemain iaitu Rozaimi Rahman dan Leopold Alphonso yang boleh digandingkan dengan Bobby Gonzales dibahagian serangan. Perubahan ini berlaku di sebabkan bintang IMPORT sensasi Sabah,Michael Baird sedang menjalani penggantungan automatik satu perlawanan berikutan 3 kad kuning yang dikumpul setakat ini.
Menurut pengendali Sabah Justin Ganai, Sabah akan mengekalkan formasi 4-4-2 seperti menentang Kelantan tempoh hari dan mungkin akan menggunakan khidmat Zainizam Marjan sebagai penyerang.Selain Zainizam, Sabah memiliki 2 lagi pemain iaitu Rozaimi Rahman dan Leopold Alphonso yang boleh digandingkan dengan Bobby Gonzales dibahagian serangan. Perubahan ini berlaku di sebabkan bintang IMPORT sensasi Sabah,Michael Baird sedang menjalani penggantungan automatik satu perlawanan berikutan 3 kad kuning yang dikumpul setakat ini.
Saya percaya Sabah mampu membawa 3 mata dari Darul Aman sekiranya semua pemain fokus dan memberi komitmen 110% dalam perlawanan malam ini. Setakan ini, Kedah belum lagi memenangi perlawanan di gelanggang sendiri dan lebih memeranjatkan hanya menjaringkan 1 gol dalam 3 perlawanan di tempat sendiri. Peluang ini harus di manfaatkan oleh pasukan SABAH.
So All THE BEST SABAH... SABAH TATAP!!! ARAMAITII!!!
PREDICTION:
Panda : ( 1-1)
Met : (1-2)
Ameng : (0-2)
Emily : (0-1)
Thursday, 9 February 2012
RESULT: SABAH VS KELANTAN (0-0)
LIKAS: Hanya satu mata diperolehi oleh pasukan Sabah setelah seri tanpa jaringan dengan pasukan pelawat dari Pantai Timur, Kelantan. Separuh masa pertama menyaksikan Sabah menguasai hampir keseluruhan 45 minit permainan namun serangan balas sekali sekala pasukan RED WARRIOR hampir membuahkan hasil. Tamat separuh masa permainan menyaksikan kedua-dua pasukan buntu menghasilkan sebarang jaringan.
Separuh masa kedua kelihatan agak seimbang dimana kedua-dua pasukan melancarkan serangan kekubu lawan masing-masing. Namun penyudah yang kurang sempurna serta pertahanan kedua-dua pasukan dilihat kebal menggekang serangan lawan. Keseluruhan permainan agak tegang dimana pengadil melayangkan 7 kad kuning masing-masing 5 untuk Kelantan dan 2 untuk Sabah. Sabah melepaskan peluang terbaik untuk memperolehi gol pada masa kecederaan setelah rembatan pemain Sabah berjaya ditampan kemas oleh Penjaga Gol Kebangsaan, Apek.
Kehadiran penonton amat membanggakan untuk perlawanan kali ini, dimana hampir 3/4 Stadium dibanjiri oleh peminat bola sepak sekitar KOTA KINABALU. Malahan saya dapat juga melihat kelibat penyokong-penyokong KELANTAN yang turut sama memenuhi stadium. Satu benda lagi yang saya mo share..emm "MEXICAN WAVE" yang penyokong-penyokong SABAH buat best gila.. teringat saya masa SCOTT ngan MATLAN dulu...hehe
Pandangan peribadi saya, kemunculan semula ZAINIZAM MARJAN melihatkan perubahan besar pada jentera serangan SABAH. Beliau bijak mencipta peluang serta mengawal permainan Sabah. Kehadiran beliau benar-benar memberi impak POSITIF kepada pasukan.Memang bestlah...Hope Justin bagi dia peluang lagi untuk bermain. Overall game ok tapi Sabah kelihatan masih kurang agresif. Lambat untuk membuat hantaran serta banyak melenggah2kan permainan. Perlawan seterusnya SABAH akan menentang KUALA LUMPUR
ANALYSIS SABAH:
ATTENDANCE = 4/5
GAME PLAY = 3/5
ATTACK = 3/5
DEFEND = 3.5/5
MATCH RATE = 3.5/5